The Onion

The Onion ("Bawang") adalah sebuah syarikat media digital Amerika Syarikat menghasilkan akhbar berjudul sama yang menampilkan kandungan berformat berita yang disampaikan dalam bentuk satira atau jenaka.Kandungan berita dibuat-buat dalam laman ini disampaikan dengan nada dan bahasa yang serius. Hal ini kadangkala menyebabkan sesetengah pihak berkepentingan memetik seberapa laporan daripada ia sambil menyangka sebagai suatu sumber yang sah, masalah ini sering menimpa tidak sahaja tokoh penting yang menggunakan sumber ia membela diri, malah juga sesetengah agensi berita dunia sejauh Eropah,[2][3] Bangladesh,[4] Iran[5][6] dan China.[7][8]Syarikat induk ia turut mengendalikan dua terbitan lain: The A.V. Club, sebuah terbitan serius melaporkan hal hiburan dan kebudayaan menampilkan ulasan dan wawancara orang ternama sejak 1993, dan ClickHole, sebuah laman diasaskan sejak 2014 meniru laman media umpan klik seumpama BuzzFeed dan Upworthy dengan tujuan menyatira kandungan sedemikian.[9]

Rujukan

WikiPedia: The Onion http://english.people.com.cn/90777/8035568.html http://blog.foreignpolicy.com/posts/2012/09/28/ira... http://thelede.blogs.nytimes.com/2012/09/28/irania... http://www.adressa.no/kultur/film/article1450990.e... http://noisefromamerika.org/articolo/the-onion-100... http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/8237558.stm https://slate.com/culture/2015/06/clickhole-writer... https://www.theonion.com/ https://www.theonion.com https://news.yahoo.com/oops-chinas-communist-party...